Hukum Ohm menyatakan bahawa arus elektrik (I) yang mengalir melalui suatu perintang (R) adalah berkadar terus dengan beza upaya (V) yang merentasi perintang tersebut dengan syarat suhunya tetap .  
Formula Hukum Ohm:
V=IR
    i. Arus : I = V / R , unit dalam Ampere(A) 
   ii. Voltan : V = I x R , unit dalam volt(V) 
  iii. Rintangan : R = V / I, unit dalam Ohm (W) 
Contoh 1: 
Beza upaya yang merentasi suatu beban ialah 12 V dan arus yang mengalir melaluinya ialah 0.4 A. Berapakah nilai rintangan beban tersebut ? 
Penyelesaian : 
  Diberi : V = 12 V, I = 0.4 A 
  Formula  R = V / I
                    = 12V / 0.4 A
                    = 30 W

No comments:
Post a Comment