Monday, November 22, 2010
4) Litar Selari
- Litar yang mengandungi dua atau lebih komponen yang disambungkan merentasi punca voltan yang sama.
- Nilai beza upaya yang merentasi setiap cabang adalah sama.
- Nilai arus melalui setiap cabang bergantung kepada nilai rintangan masing-masing.
- Jumlah arus IT yang mengalir daripada punca voltan sama dengan jumlah arus I1 dan I2 :
IT = I1 + I2
- Jumlah beza upaya merentasi semua cabang adalah sama :
VT = V1 = V2 .....
- Jumlah rintangan litar :
1/RT = 1/R1 + 1/R2 .....
Sunday, November 21, 2010
3) Litar Sesiri
- Litar yang mengandungi dua atau lebih komponen yang disambung secara siri.
- Dalam litar ini, arus mempunyai satu laluan sahaja.
- Nilai arus yang mengalir melalui semua komponen adalah sama
- Nilai Beza upaya merentasi setiap komponen bergantung kepada rintangan masing-masing
- Menurut Hukum Ohm:
V1 = IR1, V2 = IR2 dan VT = IRT
Jumlah Beza Upaya:
VT = V1 + V2 .....
Jumlah Rintangan Litar
RT = R1 + R2 .....
Contoh 2:
Berpandukan Rajah 2 ; Jika diberi R1 = 20 Ω, R2 = 30 Ω dan VT = 5 V, tentukan :
a)Jumlah rintangan, RT
b)Arus (I) yang mengalir dalam litar
c)Beza upaya V1 dan V2
Penyelesaian:
a) RT = R1 + R2
Oleh itu, jumlah rintangan,
RT = 20 Ω + 30 Ω
= 50 Ω
= 50 Ω
b) I = VT / RT
Oleh itu, jumlah arus,
I = 5 V / 50 Ω
= 0.1 A
= 0.1 A
c) V1 = I x R1
Oleh itu, beza upaya,
V1 = 0.1 A x 20 Ω
= 2 V
V2 = I x R2
Oleh itu, beza upaya,
V2 = 0.1 A x 30 Ω
= 3 V
2) Hukum Ohm
Hukum Ohm menyatakan bahawa arus elektrik (I) yang mengalir melalui suatu perintang (R) adalah berkadar terus dengan beza upaya (V) yang merentasi perintang tersebut dengan syarat suhunya tetap .
Formula Hukum Ohm:
V=IR
i. Arus : I = V / R , unit dalam Ampere(A)
ii. Voltan : V = I x R , unit dalam volt(V)
iii. Rintangan : R = V / I, unit dalam Ohm (W)
Contoh 1:
Beza upaya yang merentasi suatu beban ialah 12 V dan arus yang mengalir melaluinya ialah 0.4 A. Berapakah nilai rintangan beban tersebut ?
Penyelesaian :
Diberi : V = 12 V, I = 0.4 A
Formula R = V / I
= 12V / 0.4 A
= 30 W
1) Litar Asas
Litar asas mengandungi punca voltan, pengalir, suis dan beban
Punca voltan mempunyai daya gerak elektrik yang mewujudkan bezaupaya merentasi beban supaya arus dapat mengalir dalam litar apabila suis ditutup
Contoh punca voltan ialah sel kering
Rajah 1: Litar Asas
Monday, November 8, 2010
Pemantapan Siri 2/2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ini adalah pengalaman pertama saya menulis blog. Terima kasih kepada En. Iskandar atas tunjuk ajar yang diberikan. Diharapkan ilmu yang baru dipelajari ini dapat saya manfaatkan untuk membantu meningkatkan kualiti pelatih-pelatih kemahiran yang dilahirkan oleh JTM. Insyaallah....
Ini adalah pengalaman pertama saya menulis blog. Terima kasih kepada En. Iskandar atas tunjuk ajar yang diberikan. Diharapkan ilmu yang baru dipelajari ini dapat saya manfaatkan untuk membantu meningkatkan kualiti pelatih-pelatih kemahiran yang dilahirkan oleh JTM. Insyaallah....
Subscribe to:
Posts (Atom)