Monday, November 22, 2010

5) Litar Siri Selari

4) Litar Selari

  • Litar yang mengandungi dua atau lebih komponen yang disambungkan merentasi punca voltan yang sama.
  • Nilai beza upaya yang merentasi setiap cabang adalah sama. 
  • Nilai arus melalui setiap cabang bergantung kepada nilai rintangan masing-masing.



  • Jumlah arus IT yang mengalir daripada punca voltan sama dengan jumlah arus I1 dan I2 : 
IT = I1 + I2
  • Jumlah beza upaya merentasi semua cabang adalah sama
     
VT = V1 = V2 .....
  • Jumlah rintangan litar :

    1/RT = 1/R1 + 1/R2 .....
            
          Contoh 3:

           Sila klik disini untuk lihat contoh pengiraan: Parallel Circuit


    Sunday, November 21, 2010

    3) Litar Sesiri

    • Litar yang mengandungi dua atau lebih  komponen yang disambung secara siri.
    • Dalam litar ini, arus mempunyai satu   laluan sahaja.

    • Nilai arus yang mengalir melalui semua komponen adalah sama 
    • Nilai Beza upaya merentasi setiap komponen bergantung kepada rintangan masing-masing 
    • Menurut Hukum Ohm:
                                 V1 = IR1, V2 = IR2 dan VT = IRT      
                                 Jumlah Beza Upaya:
                                 VT = V1 + V2 .....
                                 Jumlah Rintangan Litar
                                 RT = R1 + R2 .....
            
            Contoh 2:  
        Berpandukan Rajah 2 ; Jika diberi R1 = 20 Ω, R2 = 30 Ω dan VT = 5 V, tentukan :


    a)Jumlah rintangan, RT 
    b)Arus (I) yang mengalir dalam litar
    c)Beza upaya V1 dan V2


    Penyelesaian:


    a)  RT = R1 + R2     
         Oleh itu, jumlah rintangan,
         RT = 20 Ω + 30 Ω
               = 50 Ω


              b)  I = VT / RT 
                  Oleh itu, jumlah arus,
                   I = 5 V / 50 Ω
                     = 0.1 A


              c)   V1 = I x R1         
                   Oleh itu,  beza upaya,
                   V1 = 0.1 A x 20 Ω 
                        = 2 V 


                  V2 = I x R2
                  Oleh itu, beza upaya,
                  V2 = 0.1 A x 30 Ω   
                        = 3 V
                     
                    Mari kita saksikan video berkaitan litar sesiri: Series Circuit



    2) Hukum Ohm

    Hukum Ohm menyatakan bahawa arus elektrik (I) yang mengalir melalui suatu perintang (R) adalah berkadar terus dengan beza upaya (V) yang merentasi perintang tersebut dengan syarat suhunya tetap .  
               
    Formula Hukum Ohm:
    V=IR
        i. Arus : I = V / R , unit dalam Ampere(A)
       ii. Voltan : V = I x R , unit dalam volt(V)
      iii. Rintangan : R = V / I, unit dalam Ohm (W)


    Contoh 1:
    Beza upaya yang merentasi suatu beban ialah 12 V dan arus yang mengalir melaluinya ialah 0.4 A. Berapakah nilai rintangan beban tersebut ?
     
    Penyelesaian :
      Diberi : V = 12 V, I = 0.4 A
      Formula  R = V / I
                        = 12V / 0.4 A
                        = 30 W

    Mari kita saksikan video berkaitan dengan topik Hukum Ohm: Ohm's Law



    1) Litar Asas

    • Litar asas mengandungi punca voltan, pengalir, suis dan beban

    • Punca voltan mempunyai daya gerak elektrik yang mewujudkan bezaupaya merentasi beban supaya arus dapat mengalir dalam litar apabila suis ditutup

    • Contoh punca voltan ialah sel kering

           Rajah 1: Litar Asas